Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh bagi bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Pendidikan di Sekolah Model Khas Bukit Jenun merupakan suatu usaha berterusan ke arah penghayatan ilmu, iman dan amal secara menyeluruh untuk melahirkan generasi berilmu pengetahuan, seimbang, berkemahiran, berketrampilan, berakhlak mulia dan bertakwa serta berkeupayaan memberi sumbangan yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara.
A. Piagam Pelanggan Guru
- Menyampaikan pengajaran dengan penuh bersemangat dan berkesan.
- Memberi perhatian terhadap kebajikan dan masalah pelajar
- Sedia menyokong dan membantu rakan dalam sebarang aktiviti sekolah.
- Layanan mesra dan segera kepada waris pelajar, pegawai PPD, JPN, tetamu dan staf sekolah.
- Mematuhi masat / tarikh / arahan yang diberi dari semasa ke semasa.
- Melaksanakan tugas khas sekolah dengan penuh tanggungjawab.
B. Piagam Pelanggan Staf
- Menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, amanah dan dedikasi.
- layanan mesra dengan segera kepada guru, pelajar, waris pelajar, pegawai-pegawai PPD, JPN dan tetamu-tetamu sekolah.
- Mematuhi masa bekerja, pekeliling perkhidmatan dan perbendaharaan serta semua arahan yang diberi dari semasa ke semasa.
- Mengutamakan mesra / keakraban antara staf dan guru.